WorLd WiTh LoVE

WorLd WiTh LoVE

Tuesday, July 10, 2012

COUNTDOWN RAMADHAN 1433 H

Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia kita sehingga kesaat ini. Namun kita masih belum pasti apakah kita bole bertemu Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi ini. Teruskan berdoa seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.. "Ya Allah, berkati aku di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan aku ke bulan Ramadhan Al Mubarak". 

              Insyallah kita sedang menghitung hari-hari bahagia menyambut tetamu agung kita iaitu Ramadhan yang akan kembali bertemu dengan kita. Bulan penuh dengan berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang diwajibkan berpuasa dan diturunkan Al-Quran sebagai hidayah kepada manusia. Ketahuilah bahawa bergembira dan seronok untuk menyambut Ramdhan dan bersiap sedia adalah merupakan kebaikan yang Allah akan ganjari. bayangkan kalu sudah tiba maka bergandalah kebaikanya kelak.




Khutbah Rasulullah S.A.W menyambut Ramadhan
              
                 Rasulullah S.A.W memberikan khabar gembira kepada umatnya dengan datangnya bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W menyebutkan keutamaanya di dalam isi khutbah penyambutan bulan suci Ramadhan:
                 Dari Salman Al-Farisi r.a berkata: "Rasulullah S.A.W berkhutbah pada hari terakhir bulan Sya'ban: Wahai manusia telah datang kepada kalian bulan yang agung, bulan pernuh berkah, didalamnya ada malam yang lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasanya wajib dan qiyamullailnya sunnah. Siapa yang mendekatkan diri dengan kebaikan maka seperti mendekatkan diri dengan kewajiban bulan lain. Ramadhan adalah bulan kesabaran dan kesabaran balasanya adalah syurga. Bulan solidaritas dan bulan ditambahkan rezki orang beriman.
                Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari api neraka dan mendapatkan pahala seperti orang-orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangi pahalanya sedikitpun. Kami berkata: Wahai Rasulullah S.A.W. Tidak semua kita dapat memberi makan orang yang berpuasa?. Rasulullah S.A.W bersabda: "Allah memberi pahala kepada orang yang memberi makanan untuk berbuka puasa walaupun dengan sebiji kurma atau seteguk air atau susu.
                Ramadhan adalah bulan dimana awalnya rahmat, tengahnya maghfirah dan akhirnya pembebasan dari api neraka. Siapa yang meringankan orang yang dimilikinya maka Allah mengampuninya dan dibebaskan dari api neraka. Perbanyakanlah melakukan 4 perkara. 2 perkara membuat Allah redha dan 2 perkara Allah tidak memerlukanya. 2 perkara itu adalah syahadat Laa ilaha illallah dan beristighfar kepada-NYA. Adapun 2 perkara yang Allah tidak memerlukan adalah engkau meminta syurga dan berlindung dari api neraka. Siapa yang memberi makan berbuka kepada orang berpuasa, Allah akan memberikan minum dari telagaku (Rasulullah S.A.W) satu kali minuman yang tidak akan pernah haus sampai masuk syurga"
(HR al-'Uqaili, Ibnu Huzaimah, Al-Baihaqi, Al-Khatib dan Al-Asbahani).

Persiapan diri menyambut bulan Ramadhan

1. Persiapan mental

             Persiapan mental untuk puasa dan ibadah berkaitan lainya sangat penting. Apalagi pada saat menjelang hari-hari akhir kerana tarikan keluarga yang ingin berbelanja mempersiapkan hari raya, pulang kampung dan lain-lain sangat mempengaruhi umat islam dalam menunaikan kekhusyukan ibadah Ramadhan dan kejayaan ibadah Ramadhan seseorang muslim dilihar dari akhirnya, Kija akhir Ramadhan diisi dengan i'tikaf dan taqarrub yang lainya maka insyallah dia termasuk yang berjaya dalam melaksanakan ibadah Ramadhan. Beroleh darjat insan bertaqwa.

2. Persiapan ruhiyah (Spiritual)

                   Persiapan ruhiyah sangat penting dengan memperbanyak ibadah seperti memperbanyak membaca Al-Quran, puasa sunat Syaaban, zikir, doa dan lain-lain. Dalam hal mempersiapkan ruhiyah, Rasulullah S.A.W mencontohkan kepada umatnya dengan memperbanyakkan puasa di bulan Sya'ban, sebagaimana yang diriwayatkan 'Aisyah r.a berkata: "Saya tidak melihat Rasulullah S.A.W menyempurnakan puasanya kecuali di bulan Ramadhan. Dan saya tidak melihat dalam satu bulan yang lebih banyak puasanya kecuali pada bulan Sya'ban" [HR Muslim]. 

3. Persiapan fikrah (Kefahaman)

                  Persiapan fikriah atau akal dilakukan dengan mendalami ilmu, khususnya ilmu yang berkaitan denganibadah Ramadhan. Banyak orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga sahaja walaupun dah bertahun-tahun berpuasa. Hal ini dilakukan kerana puasanya tidak dilandaskan dengan ilmu yang cukup. Seseorang yang beramal tanpa ilmu maka tidak menghasilkan kecuali sia-sia belaka. Justeru itu ulangkajilah ilmu berkaitan dengan puasa dan Ramadhan ini.

4. Persiapan Fizikal dan Kebendaan

                      Seorang muslim tidak akan mampu dalam berpuasa jika fizikalnya sakit. Oleh kerana itu mereka dituntut untuk menjaga kesihatan fizikal, kebersihan rumah, masjid dan sekitar. Hal ini terlihat dari beberapa peristiwa di bawah ini:

  • Selalu membersihkan gigi dengan bersiwak [HR Bukhori dan Abu Daud]
  • Berubat seperti dengan berbekam (Al-Hijamah) seperti yang diriwayatkan Bukhori dan Muslim.
  • Memperhatikan penampilan seperti pernah diwasiatkan Rasulullah S.A.W kepada sahabat Abdullah Ibnu Mas'ud R.A, agar memulai puasa dengan penampilan baik dan tidak dengan wajah yang serabut [HR Al-Haitsami]
Persiapan kewangan dan belanja juga penting untuk memberi nafkah dan berbelanja berbuka puasa dan bersahur untuk keluarga dan isi rumah. Sebaiknya jangan membazir kerana Ramadhan bulan berjimat cermat bukan membanyakkan makanan dan minuman. Peruntukan juga wang untuk tujuan infaq dan sedekah kerana besarnya ganjaran sedekah dibulan Ramadhan ini.
Wallahualam...

[Risalah Jumaat Masjid Saiyidina Umar Al-Khattab Cenderawasih Kuantan, Bil 10/2012 Syaaban]